Hello Guys,
Ini adalah cerita 11 bulan yang lalu. Saya cuba menyiapkan demo
sebuah lagu dengan menggunakan lirik dari seorang sahabat pena bernama
Stan Major. Jemput dengar demo lagu ni. Bila sebut demo tentulah kualiti tak
sama dengan level industri muzik Malaysia yea. Memang ada jugak demo yang
berkualiti tapi itu semua bergantung kepada pengetahuan masing-masing dalam
menyiapkan demo.
Saya masih mencari/belajar lagi untuk menaik taraf kualiti lagu
ciptaan saya. Benda ni makan masa. Saya lebih suka pakai khidmat studio
sekiranya artis/band rasa nak buat single/album. Maksudnya sebelum kita nak
buat kat studio, saya adalah orang yang akan membuat basic arrangement,melodi
suara, melodi instrument serta programming drum, synth etc. Kemudian saya dan
band/artist akan cuba nilaikan kan melalui basic arrangement tu.
Tujuan benda ni kita buat adalah untuk mengelak dari kos yang
tinggi bila kita masuk studio nanti. Kita juga perlu dapatkan khidmat nasihat
dari jurutera audio ni sebab setiap orang lain pendapatnya dan kita perlu
menilai samada ianya sesuai dengan demo kita. Pendek kata, jurutera audio ni
tidak tahu membaca hati dan perasaan kita sebab dalam kepala dia ada banyak
benda jer dia boleh buat pada demo kita tu nanti.
Jadi untuk tidak membuang masa mereka, kita patut memberi satu
demo yang kita rasa sudah siap tapi belum...Hahaha! Maksudnya...kita akan
repeat balik pada jurutera audio ni apa kita nak sebenarnya dan kita pon masih
tak tau ape kita nak.....Haaaaa! Jangan risau, ini adalah normal. Biasa
berlaku. Jadi tujuan demo ni kira macam bantu nak kurangkan sedikit ke EMO an
jurutera audio tu.
Biasalah tu! benda belum lahir lagi, macam-macam la kita pikir
selok belok mana nak cuba try test untuk dapatkan yang terbaik. Korang rasa
senang ke bikin lagu? End user tau SEDAP je kan? Special Ooo! buat lagu ni dan
bekerjasama dengan Jurutera Audio kat luar sana sebab deorang ni sangat
bersemangat untuk menyiapkan hasil karya kita. Tapi kalau lagu kita tak sedap
pun deorang akan kata depa cuba bagi sedap. Tapi itu semua adalah pengalaman
kita menilai, mencuba dan sampai satu masa kita sendiri tau lagu kita tu boleh
pegi ke depan ke tidak...